SPBT

PROFIL PENGURUSAN SPBT SKSTS25

Pengurusan SPBT TS25 beroperasi di bawah Unit HEM SKSTS25. Pengurusan SPBT ini beroperasi di Bilik BOSS ( Bilik Operasi Skim Pinjaman Buku Teks Sekolah ) yang diuruskan oleh Pn. Fauziah Bt. Yaacob, Penyelaras Unit SPBT SKSTS25. Penjenamaan semula pengurusan SPBT bermula pada tahun 2018 apabila SK Seribong dipilih sebagai sekolah di bawah label Program Transformasi Sekolah 2025 ( TS25 ). Sejak dari itu, nama pengurusan SPBT sekolah ini dikenali sebagai SPBT SKSTS25. Pelbagai transformasi bilik khususnya aspek keceriaan dan pengurusan fail yang sistematik telah dilakukan oleh AJK UNIT SPBT SKSTS25 secara berperingkat-peringkat bagi meletakkan pengurusan SPBT SKSTS25 bertaraf 5 bintang dan menjadi penanda aras kepada sekolah-sekolah lain.

VISI, MISI & MOTO


CARTA ORGANISASI SPBT SEKOLAH



TAKWIM PENGURUSAN SPBT SKSTS25 TAHUN 2020



CARTA ORGANISASI KELAB SPBT SKSTS25 2020




ENROLMEN MURID SPBT SKSTS5 TAHUN 2020




PERATURAN PENGGUNAAN BILIK BOSS

Berikut adalah perkara yang perlu dipatuhi oleh semua pengguna BOSS:

1. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik BOSS tanpa kebenaran Guru Penyelaras SPBT.
2. Dilarang membawa beg, makanan atau minuman semasa masuk ke bilik   BOSS.
3. Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan, bahan atau buku dari bilik BOSS kecuali dengan keizinan Guru Penyelaras SPBT.
4. Dilarang memakai kasut ketika berada di dalam bilik BOSS.
5. Guru yang bertanggungjawab membawa pelajar ke bilik BOSS untuk pengambilan buku teks hendaklah memastikan murid dapat mematuhi   setiap peraturan di bilik BOSS.
6. Guru hendaklah merekodkan penerimaan Buku Panduan Guru yang dipinjam di bilik BOSS di dalam buku rekod yang disediakan.
7. Pengguna hendaklah sentiasa menjaga kebersihan bilik BOSS.

 PERATURAN PENGGUNAAN BUKU TEKS

1. Tuliskan nama, kelas dan tarikh penerimaan pada ruang yang disediakan.  
2. Balut semua buku teks yang telah diterima.
3. Dilarang menyimpan buku teks di dalam ruang meja sekolah selepas sesi waktu persekolahan.
4. Pastikan buku teks berada dalam keadaan yang baik sepanjang tahun.
5. Buku yang telah hilang hendaklah diganti dengan buku yang baharu.


Read more...

LOGO SEKOLAH

LOGO SEKOLAH

ALAMAT SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN SERIBONG
SIMPANG 3, KG. SERIBONG,
16150 KOTA BHARU
KELANTAN

HUBUNGI KAMI

No. Telefon : 09-7654755
Email : dba1100@moe.edu.my
skseribongkb@gmail.com
Website : http://skseribong.blogspot.com
Facebook : FB Rasmi SK Seribong TS25

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP